Tinggalkan anak dalam kereta, Baim Wong dihentam netizen

NAMA pelakon juga penerbit popular Indonesia, Baim Wong sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa mengabai anak-anaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan aktres Luna Maya minggu lalu.

Difahamkan, pemilik nama lengkap Muhammad Ibrahim itu meninggalkan anak-anaknya dalam kereta tanpa sebarang pengawasan.

Selepas itu, seorang lelaki yang dipercayai pekerjanya dilihat membantu kanak-kanak itu keluar kenderaan untuk menuju ke lokasi majlis.

Video tersebut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pelakon filem Lembayung itu dalam menguruskan anak-anaknya.

Bahkan, ramai berpendapat Baim hanya berlagak baik dan pandai menjaga darah daging sendiri hanya di depan kamera. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok