MWA! Dolla makin ‘liar’, panas

LUNCURKANLAH apa sahaja lagu, pasti menjadi kegilaan ramai. Itu kemanisan yang dilalui kumpulan Dolla setiap kali tampil dengan single baharu.

Terbaharu, single mereka berjudul MWA! meledak sehingga menjadi siulan ramai sejak dilancarkan pada 10 Mei lalu.

Single ciptaan Chelsea Warner, GASTON, Roland Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo dan Angel itu dikatakan lebih ‘liar’ dan melawan trend yang pernah dicetuskan sebelum ini.

Kini, selain lagu, tarian MWA! yang dipaparkan dalam muzik video rasmi turut tular dalam media sosial dan menjadi ikutan ramai.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik (MV) MWA! mencatat lebih 300,000 tontonan dalam YouTube selepas tiga hari dilancarkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok