Label Fieya Julia bukan ‘taste’, Luqman Faiz kena hentam

HANYA kerana memberikan jawapan jujur, penyanyi Luqman Faiz menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mengeluarkan kenyataan Fieya bukan ‘taste’ atau memiliki kriteria wanita idamannya.

Ramai kurang senang dengan kenyataan tersebut yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif terhadap rakan duetnya, Fieya Julia.

Tak baiknya, kasihan dekat Fieya. Macam Fieya itu ada hati dekat kau. Sekurang-kurangnya, nama dia ada juga dalam carta top artis. Kau ada?” tulis netizen.

“Tidak perlu pun cakap dia bukan taste kau. Jawab elok-elok sudah,” komen seorang netizen.

“Sudah jadi individu terkenal kena belajar PR (public relation). Bukannya kau bergurau time merempit ini. Tak profesional langsung,” ujar netizen.

Luqman atau nama penuhnya Luqman Abdul Halim Faiz, 25, dan Fieya Julia menunjukkan kemesraan dengan tujuan untuk mempromosikan lagu mereka yang berjudul Rumit.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama media, Luqman menafikan menjalin hubungan istimewa dengan Fieya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok