Cincin Luna Maya, Kim Ji-won serupa!

SELAIN majlis perkahwinan yang direalisasikan dalam suasana indah dan penuh kehangatan cinta, cincin perkahwinan yang tersarung di jari pelakon Luna Maya turut menjadi perhatian ramai.

Rata-rata peminat menyifatkan perhiasan yang menjadi simbolik ikatan suci hadiah daripada Maxime Bouttier tersebut sama seperti cincin yang dipakai pelakon Korea, Kim, Ji-won dalam drama Queen Of Tears.

Bezanya, cincin Ji-won dalam drama tersebut merupakan emas putih, manakala pemilik nama lengkap Luna Maya Sugeng itu berwarna ‘rose gold’.

Seperti semua sedia maklum, cincin tersebut merupakan jenama mewah Bvglari model Serpenti Viper Ring yang dianggarkan berharga 162 juta rupiah bersamaan RM42,000. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok