‘Assalamualaikum Bahtera Elhaq – Elisya Sandha selamat bersalin

PELAKON Elisya Sandha selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, semalam.

Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri pemilik nama penuh Nur Elisya Sandha Hassan, 26, yang turut mendedahkan nama anak lelakinya itu.

“Allah SWT adalah Perancang terbaik.

Syukur Alhamdulillah, assalamualaikum Bahtera Elhaq Uzair Haqimy,” katanya dalam Instagram semalam.

Sementara itu,  suaminya, Uzair Haqimy pula memberitahu Elisya kini berada dalam keadaan sihat selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Ujarnya, pengorbanan Elisya melahirkan dia anak mereka adalah satu perkara yang tidak akan dapat dibalas selama-lamanya.

“Alhamdullilah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan.

Terima kasih buat isteriku. Sekali lagi berjaya buat saya kagum dengan kekuatan awak.

“Tak akan mampu saya balas jasa awak sayang,” katanya lagi.

Terdahulu, rekod Elisya dan Uzair selamat bergelar suami isteri pada Ogos 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia 3 tahun. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok