‘Suami cari orang ketiga sebab isteri kepam’

PENYONDOL tidak akan berjaya kalau suami itu bahagia dengan pasangan dia.”

Demikian pendapat pengarah dan penerbit, Michael Ang yang tidak meletakkan sepenuh kesalahan terhadap lelaki berlaku curang sebaliknya isteri juga perlu muhasabah diri.

Micheal atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee, 49, lantang menyuarakan kekurangan wanita yang menjadi punca rumah tangga bermasalah.

Mungkin kau (isteri) pun ada masalah.

“Lelaki yang curang memang salah tapi kau tidak boleh salahkan penyondol itu sahaja.

Kau ada tanya tidak diri kau kenapa suami cari orang ketiga? Mungkin kepam atau suka korek hidung.

“Apa yang kau tahu, kau melalak di media sosial macam anjing,” katanya dalam sebuah audio siar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan pendapat yang dilontarkan pengarah berusia 49 tersebut.

“Bagi saya, Michael Ang tiada ‘common sense’. Sumpah!,” kata seorang netizen.

Hilang hormat dekat Michael Ang. Perempuan kepam sebab jaga anak-anak kecil sampai tidak sempat  jaga diri sendiri. Kalau mahu wangi-wangi selalu suruh lelaki sediakan dua pembantu di rumah. Ini nafkah pun kelaut, memang la menyalak,” jelas netizen.

“Curang sebab rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada,” kata seorang lagi netizen.

Pendapat Micheal diluahkan selepas banyak isu campur tangan orang ketiga dalam rumah tangga sering menjadi punca rosak hubungan suami isteri hingga cetuskan perdebatan hangat dalam media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok