’Jangan buli balik, sebut sahaja dalam hati pergi mampus’

PEMPENGARUH media sosial Leona tidak menyokong tindakan membuli semula mana-mana individu yang meninggalkan komen dalam akaun media sosialnya.

Menurut Leona, 22, tindakan membuli semula adalah perkara  tidak disukainya selain dilihat menjadi ‘trend’ negatif yang menular dalam kalangan netizen hari ini.

“Selalunya bila dapat komen negatif, saya hanya mengatakan ‘pergi mampus’ dalam hati. Cuma, kita perlu ‘moving forward’ dan jangan buli orang.

Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini tetapi menolak tindakan membuli semula individu lain.

“Kalau komen itu sangat menganggu, cakap sahaja dalam hati ‘pergi mampus’. Sebab kita tak perlu beri perhatian kepada golongan tersebut,” katanya dalam TikTok baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi Leona selepas melihat ramai menyokong dan menyebelahinya apabila menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki tersebut menyamar dengan menggunakan identiti orang lain dan meninggalkan komen jelek berkaitan payu daranya.

“Saya bukan jenis membaca komen netizen tetapi ada satu yang menarik perhatian ramai iaitu seorang lelaki yang meninggalkan komen jelek, bercakap tentang hal lucah.

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ialah adakah dia tidak pernah melihat payu dara sepanjang hidupnya?

“Saya sebenarnya tidak kisah (komen netizen) tetapi saya difahamkan individu tersebut menggunakan identiti orang lain sehingga melibatkan campur tangan sebuah universiti. Saya kasihan dengan individu yang sebenar,” ujarnya.

Dalam masa sama dia menyelar tindakan penyamar tersebut selain meminta membuat permohonan maaf kepada individu lain yang terlibat disebabkan kejahatannya.

Buat individu yang menggunakan identiti orang lain itu, pergi cari kehidupan sendiri dan berhenti berpura-pura menjadi orang lain.

“Awak tahu perkara itu salah tetapi kenapa buat juga? Tak takut dengan dosa ke?

“Saya boleh maafkan awak namun, orang lain tidak. Awak akan masuk neraka, maka jadilah individu lebih baik,” katanya lagi.

Leona bagaimanapun tidak memperincikan komen lucah yang diterimanya daripada individu tersebut.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Leona mengendalikan perkara negatif yang hadir dalam hidupnya.

Dia seorang yang sangat bagus, bukan semua orang mampu berdepan dan membalas perkara negatif sebegini dengan tenang.

“Saya perlukan mentaliti positif sebegini. Terus jadi pempengaruh yang boleh menjadi contoh orang ramai,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok