‘Sebab negara jiran? – Azah Aziz bingung OOTD kena padam IG

ENTAH di mana silapnya, pelakon Azah Aziz meluahkan rasa pelik apabila gambarnya mengenakan kebaya bersama kain batik dipadam Instagram atas alasan ‘offensive’ atau menyinggung sensitiviti.

Bingung dengan perkara itu, Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 52, berkata, mungkin hantaran tersebut diturunkan kerana menyebut nama negara jiran.

Semalam kita post OOTD (Outfit of the Day) pakai kebaya, lepas tu pagi ni Instagram padam gambar, katanya ‘offensive’.

“Kenapa ye? Adakah sebab kita sebut nama negara jiran? Sebab kata beli batik dan kebaya dari sana. Sensitif betul,” tulisnya dalam satu hantaran dalam Threads.

Penampilan anggun pelakon Cinta Korporat itu mengenakan kebaya hakikatnya mencuri perhatian ramai namun siapa sangka, dianggap keterlaluan oleh sistem Instagram hingga dipadam secara automatik.

Lebih menghiburkan, ruangan komen turut dihujani pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang menyifatkan kejadian itu tidak masuk akal.

Perkara itu mencetuskan pelbagai respons menerusi ruangan komen apabila rata-rata netizen tampil berseloroh, malah ada yang menyifatkan tindakan Instagram sebagai cemburu buta dan tidak masuk akal.

“Silap awak la pakai kebaya dengan kain batik. Itu satu penghinaan terhadap fesyen. Sekarang tahun 2025, kebaya kena padankan dengan ‘panty’ macam Lisa Blackpink,” seloroh seorang pengguna media sosial.

“Instagram cemburu sebab awak lawa sangat ni. Orang negara jiran pakai pun tak ‘meletup’ macam awak,” komen seprang peminat.

“Sebab awak lawa sangat sampai Instagram pun rasa tergugat,” usik seorang lagi.

Tindakan Instagram itu turut mencetuskan perbincangan mengenai sensitiviti budaya dan ekspresi fesyen dalam media sosial yang kian mudah tersinggung dengan segala hal. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok