KEMUNCULAN kumpulan Feminin membuat persembahan pada konsert GenKRU yang berlangsung di Axiata Arena semalam membuatkan ramai peminat mereka dilanda rasa sebak.
Mendendangkan lagu fenomena mereka, Untukmu, Feminin yang muncul dengan tiga ahli iaitu As, Nora dan Watie berjaya membuatkan seluruh dewan bergema terkesima.
Penampilan mereka pada konsert tersebut membuatkan ramai mula menyuarakan hasrat kepada mana-mana penganjur agar mengadakan sebuah konsert untuk Feminin.
Kata mereka, konsert tersebut bagi mengubat rindu peminat yang sudah bertahun-tahun tidak menyaksikan persembahan secara langsung kumpulan yang turut popular dengan lagu Kini itu.
“Terima kasih KRU dan Iman Tang bawa Feminin tapi tak puas sebab hanya satu lagu!
“Sebelum ada kumpulan K-Pop wanita, Malaysia sudah ada Feminin. Sebaknya, terimbau nostalgia lama.
“Persembahan seiring usia, tak menari namun tetap ada ‘kelas'” komen netizen.
Selain Feminin, konsert GenKRU hari terakhir semalam turut diserikan dengan penampilan Datuk AC Mizal yang juga bekas kumpulan hiphop, 4U2C, Elite, Adam AF dan Abon. – HIBGLAM