Bukan yang gila tu kau ke Janna Nick? – Zarina Anjoulie

PELAKON sensasi, Zarina Anjoulie membidas tindakan Janna Nick menggunakan perkataan ‘perempuan gila’ sewaktu menjadi pengacara audio siar baru-baru ini.

Menurut Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulis Lavocah Mohd Fahizul, 38, dia tidak suka apabila Janna menggunakan perkataan perempuan gila dalam wawancara membabitkan pelakon Fattah Amin.

Aku kurang suka la dengan apa yang Janna Nick cakap. Aku ni tengah nak positif. Tapi bila ada orang tiba-tiba cakap macam tu pasal kakak Fazura, aku tak suka.

“Jika kau cakap buruk pasal kakak aku Fazura, maknanya kau dan aku akan ada masalah. Aku tak nak cakap buruk pasal orang.

Kau cakap kau tak cakap pasal bekas isteri Fattah, habis tu kau cakap pasal siapa? Siapa yang kau maksudkan dengan perempuan gila tu? Bukan yang gila tu kau ke dulu Janna Nick?

“Fazura tu macam kakak aku tau. Kau jangan sesekali nak cuba. Dia punya hati yang baik dan dia sangat cantik,” katanya dalam sebuah video yang kini tular dalam media sosial.

Terdahulu sewaktu sesi audio siar Janna bersama Fattah, dia bertanya kepada pelakoln itu tentang perasaan selepas bergelar duda.

Lelaki bila dah berpisah dia rasa macam mana? Dia rasa happy ke? Rasa terlepas beban ke? Aku tak payah nak hadap dah perempuan gila ni ke? Contoh. Bukan aku cakap bekas isteri kau,” soal Janna kepada Fattah.

Fattah yang mendengar soalan tersebut nampak kurang selesa dan ada riak terkejut pada wajahnya.

Sehubungan itu, Janna menerima kecaman hebat daripada netizen malah ramai mempersoalkan kredibilitinya sebagai pengacara  apabila menggelar wanita yang bercerai sebagai perempuan gila. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok