43
KETIKA ramai menari dengan lagu Stecu Stecu nyanyian Faris Adam yang kini tular dalam TikTok, lain pula dilakukan Nuha Bahrin.
Nuha membuatkan netizen terkesima apabila mendendangkan lagu tersebut dengan alunan muzik Arab.
Daripada muzik dugem, lagu tersebut bertukar menjadi karya yang sangat menenangkan jiwa pendengarnya.
Bahkan, ramai jatuh cinta dengan versi tersebut dan meminta Nuha menghasilkan lebih banyak lagu sebegitu.
Alahai tenang betul dengar versi ini. Sejuk rasa hati.
“Ini Stecu versi patuh syariah dan halal. Lembut betul alunan suara Nuha,” puji netizen. – HIBGLAM