Cair hati tengok Fattah, Fatima

KEMUNCULAN Fatima Aisya di majlis rumah terbuka Fattah Amin baru-baru ini mengundang keterujaan ramai.

Dilihat manja dengan bapanya, ramai memuji keakraban dua beranak tersebut sehingga ada netizen berasa sebak.

Bukan itu sahaja, ramai peminat tidak berhenti mendoakan kebahagiaan untuk Fattah dan Fatima.

“Sebak lihat kasih sayang Fatima dengan Fattah. Semoga sentiasa utuh hingga akhir hayat.

“Gembira melihat kejayaan dan kebangkitan Fattah ketika ini termasuk kebahagiaan dengan Fatima.

“Fatima anugerah terindah Fattah, sampai bila-bila hubungan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok