‘Tom love Jerry’ – Abby, Norman dah berbaik?

PELAKON dan penyanyi, Abby Abadi dilihat sudah bertemu bekas suaminya, Norman Hakim dalam sebuah video yang dikongsikan aktor itu dalam Instagram.

Selain Norman, isterinya Memey Suhaiza turut kelihatan memeluk Abby dalam video tersebut.

“Tom love Jerry”, tulis Norman di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Disebabkan video tersebut, ada segelintir netizen mendakwa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, sengaja mencipta publisiti.

Kelihatan anak sulung Abby dan Norman iaitu Danish Hakim turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

“Ibu-ibu, bapa-bapa saya semua orang baik. Saya anak mereka saya tahu la,” tulisnya.

Terdahulu, hari ini Abby telah mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan dia pernah dipukul Norman sewaktu mereka masih menjadi pasangan suami isteri.

Pendedahan tersebut dibuat selepas Abby tidak berpuas hati dengan kakak Norman dan anak buahnya yang mendakwa dia pernah dibayar berjuta oleh bekas suaminya.

Menurut Abby dia tidak pernah dibayar sebanyak itu dan masih lagi menuntut nafkah tertunggak sejak bercerai 17 tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok