‘Tiada lagi babak pegang tangan, doakan saya’

DILABEL lelaki setia, pelakon Shukri Yahaya sama sekali tidak mendabik dada sebaliknya sentiasa mengingatkan diri mengenai keluarganya.

Dalam masa sama, Shukri atau Mohd. Shukri Yahaya, 37, memaklumkan sering berjaga-jaga dalam melakukan apa sahaja supaya tidak memberi implikasi terhadap insan tersayang.

Saya tak pernah bangga dilabel  lelaki setia. Saya sentiasa pasakkan dalam diri supaya ingat keluarga dalam setiap apa yang dilakukan.

“Saya ada isteri dan anak-anak. Apa yang saya lakukan akan memberi kesan kepada mereka.

“Jadi, saya tidak mahu ada perkara tak elok berlaku,” katanya kepada HibGlam di majlis tayangan perdana filem Blood Brothers: Bara Naga.

Menyedari perubahan penampilan isteri, Tya Adnan yang sudah berniqab, bintang drama 7 Hari Mencintaiku itu memutuskan tiada lagi babak berpegangan tangan dengan wanita lain selain berharap doa orang ramai agar terus istiqamah.

Rasanya sudah tiada berlakon berpegangan tangan (pelakon wanita). Semoga saya terus istiqamah, terus menjaga hati isteri saya dan keluarga.

“Doakan saya!,” ujarnya lagi.

Berkongsi lanjut, Shukri sedar akan pujian ramai dan menganggap perkara tersebut sebagai luahan netizen yang rindu melihat keluarganya.

“Saya jarang kongsi mengenai keluarga dalam media sosial. Jadi, raya waktu sesuai untuk saya kongsikan.

Bagi saya, pujian tersebut mungkin sebab orang nak luah rasa rindu tengok keluarga saya.

“Saya tak anggap pujian sebagai perkara negatif,” ujarnya.

Sebagai info, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 9, dan Maleeq miqayl, 5. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok