KE mana-mana sahaja, sentiasa berdua bahkan kalau tiada pengurusnya di sisi ibaratnya selebriti terbabit umpama patah kaki.
Apabila sudah bertahun-tahun menguruskan artis terbabit sudah pasti kehadiran tulang belakangnya itu disedari ramai.
Tidak hairan apabila kebelakangan ini kelibat individu terbabit sudah tidak lagi menemani personaliti popular itu di mana-mana majlis.
Pelik juga sebab ibaratnya mereka berdua bagai manusia dan bayang, di mana ada dia, di situ ada kamu.
Risik punya risik, rupa-rupanya terdapat satu informasi mendakwa pengurus terbabit sudah direhatkan atas alasan terlalu mengongkong.
Tertanya-tanya juga takkan sekarang baru artis itu menyedari perkara tersebut atau ada kaki cucuk yang memporak-porandakan hubungan mereka?
Diva: Teringat dahulu ada kes seorang pengurus popular jual nama artis untuk scam orang.