“‘SLEEP-CALL’ setiap malam.”
Demikian jawapan ringkas pempengaruh Ameera Khan apabila seorang individu dengan berani mengajukan soalan sama ada pernah tidur bersama kekasihnya, Jefri Nichol.
Tidak mengiyakan atau menidakkan, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, sebaliknya memaklumkan sentiasa menghubungi pelakon Indonesia itu berjam-jam.
Bahkan, adik kepada usahawan selebriti Neelofa itu sempat menasihati individu terbabit agar jangan mengajukan soalan yang kurang cerdik.
Tak tidur pun memang selalu telefon, tidak pernah putus (panggilan telefon) kak.
“Kak dah tua janganlah tanya soalan macam budak-budak yang tiada otak okey,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Dalam masa sama, Ameera tidak ketinggalan memuji karakter teman lelakinya yang disifatkan sempurna di matanya.
“Bagi saya, sempurna (Jefri). Dia layan saya dengan baik, bercakap dengan lembut, membiarkan saya menjadi diri sendiri, buat saya rasa selamat dan terjamin, serta mengutamakan saya lebih daripada apa-apa pun.
Dia berusaha bersungguh-sungguh, sangat sabar dan memahami, bukan banyak berkata-kata tetapi tindakannya besar dan itu sesuatu yang saya hargai
“Malah, dia juga penyayang dan bangga dengan saya, menyokong saya dalam apa yang saya lakukan, mempertahankan saya, melindungi saya, membuat saya ketawa, menunjukkan bahawa dia memerlukan saya dan membuat saya rasa tenang, alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Hubungan Ameera dan Jefri menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak tahun lalu apabila secara terbuka mendedahkan percintaan mereka.
Minggu lalu, Ameera berkongsi foto terlebih mesra bersama Jefri semasa lelaki itu berkunjung ke Kuala Lumpur sehingga mencetuskan rasa kurang selesa netizen. – HIBGLAM