Shahida minta jangan ‘sentuh’ adik ipar

NAMA masih panas gara-gara isu ‘mak cik bodoh’, usahawan selebriti, Datin Seri Shahida meminta mana-mana pihak tidak mengganggu dua adik iparnya, Maryam Nur Amani dan Nur Ain Sufiah.

Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri itu tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan kesukaran dilalui adik iparnya ketika kecil.

Biarpun berdepan kutukan, pemilik nama lengkap Nur Shahida Mohd Rashid itu tidak mahu dua insan terdekat dalam hidupnya itu mengalami tekanan serupa.

Pintanya, jangan sesiapa bertanyakan kepada mereka mengenai kemelut keluarga besarnya baru-baru ini

Inilah kakak ipar sejati, walaupun diri sendiri berhadapan ujian getir, kebajikan ahli keluarga terdekat tetap menjadi keutamaan.

Simpati dan kasih terhadap adik ipar melebihi segala-galanya. Memang ini ipar sejati, bukan ipar adalah maut.

DIVA: Syabas buat pasukan filem Kulit Wayang, memang seram dan bagus. Lakonan Fattah Amin pun mantap.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok