MENGAKUI dirinya kekasih pelakon Ammar Alfian, seorang wanita dikenali sebagai Qhaisha mendakwa sering menjadi mangsa keganasan dan penderaan teman lelakinya itu sejak lebih setahun lalu.
Katanya, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd. Zakri, 38, terus memanipulasi dirinya secara fizikal dan mental sehingga sukar untuk dijelaskan keadaan dilalui.
“Beberapa hari lepas, dia masih manipulasi saya kononnya sayalah satu-satunya kekasih yang dia ada. Saya juga kena bawa diri macam apa yang dia inginkan.
Saya beberapa kali cuba hubungi pengurusnya tapi tak pernah dilayan. Apa yang dia fikirkan saya hanyalah kekasihnya (Ammar) tanpa mengendahkan apa yang Ammar lakukan kepada wanita lain. Sangat pentingkan diri.
“Selama setahun empat bulan saya menjadi mangsa penderaan secara verbal dan fizikal. Saya ditipu, dimanipulasi sehingga saya tidak boleh jelaskan apa yang saya lalui,” katanya dalam InstaStory.
Qhaisha turut mengakui pengurus Ammar, Zane Gan bukan sahaja tidak mengendahkan kesengsaraan dialami dirinya bahkan menuduhnya sebagai peminat fanatik.
Pengurus tersebut juga menuduh saya sebagai peminat fanatik yang cuba mereka-reka cerita,” ujarnya.
Dalam masa sama, Qhaisha turut mendedahkan segala perbuatan dan cacian yang dilemparkan Ammar terhadap dirinya sepanjang mereka bercinta.
Berapa kali kau cekik aku sampai pengsan, kau tampar sampai aku bangun. Bila aku bangun kau cekik lagi.
“Dia campak kunci kereta saya dalam longkang dan suruh saya kutip balik walaupun longkang itu lebih tinggi daripada saya.
“Dia kata, dia lakukan ini semua untuk ajar dan petanda dia ambil berat tentang diri saya,” katanya.
Dakwa wanita terbabit, Ammar sengaja merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum bagi mengelakkan hasad dengki orang luar.
Dia juga kata ‘awak tidak setia kepada saya sebab itu awak buat laporan polis tahun lepas. Saya sorok awak sebab tidak mahu penyakit ain’,” kongsinya lagi.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan menerima laporan pelakon lelaki bertubuh sasa yang didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera di sebuah kondominium di Damansara.
Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam. – HIBGLAM