Ruhainies dapat bunga, netizen kata ‘asal bukan suami orang’

PELAKON Ruhainies mencuri perhatian selepas memuat naik foto menerima sejambak bunga yang dihantar individu misteri.

Menerusi hantaran dalam TikTok, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkongsi tentang kejutan bunga diterima tanpa mendedahkan identiti pengirim.

Lebih mengundang perhatian apabila pelakon Hikayat Pak Belalang itu meninggalkan kapsyen bersahaja yang seolah-olah memberi bayangan tentang hubungan istimewa bersama si pengirim bunga.

Ads by Kiosked

“Siapa ni asyik hantar bunga je, bila nak hantar rombongan?,” tulisnya.

Tindakan Ruhainies pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang mula membuat spekulasi berhubung status sebenar dirinya.

“Tak mustahil Ruhainies sebenarnya dah berpunya cuma tak nak heboh-heboh atau entah-entah Aliff Aziz yang hantar kot,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kalau dah banyak kali terima bunga, mesti ada maksud tersirat, engkau pulak lawa macam mana,” tulis seorang lagi.

“Asalkan bukan suami orang, semoga cepat-cepatlah naik pelamin,” usik netizen lain.

Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi perhatian selepas terpalit kontroversi melibatkan pelakon Aliff Aziz yang membawa kepada pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.

Namun, Ruhainies memilih untuk meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang tanpa menghiraukan tohmahan netizen yang melabelkannya penyondol. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok