‘Remy Ishak ‘family man’, sebab itu saya jatuh cinta’

MENGAKUI kos membesarkan cahaya mata sulung tidak murah, isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof, mendedahkan perbelanjaan untuk anak mereka, Tuah Alam, mencecah RM4,000 sebulan.

Bagaimanapun, Ezza atau nama sebenarnya Ezza atau Roszaliza Yusof, 42, bersyukur beban kewangan besar itu dipikul sepenuhnya oleh Remy yang sentiasa menjadi pelindung dan penyokong utama keluarga kecil mereka.

“Sebelum kahwin dengan Remy, saya dah tahu dia adalah ‘family man’.

“Dia jaga dan tanggung keluarga dia, jenis ‘provider’. Itulah sebab pertama saya jatuh cinta pada Remy.

“Sampai sekarang, dia jaga keluarga dengan baik,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Ezza menjelaskan, jumlah besar itu antaranya melibatkan kos pembelajaran, pakaian, makanan serta keperluan harian Tuah.

“Kelas-kelas dia saja dah RM2,000.

“Biasanya saya beli baju terus untuk tiga bulan, jadi dalam RM2,000 juga.

“Kalau dicampur semuanya, dalam RM4,000 sebulan kami habiskan untuk Tuah,” kongsinya.

Tambahnya, Tuah kini menjadi keutamaan dalam perbelanjaan keluarga sehingga mengatasi keperluan dirinya sendiri.

“Untuk Tuah ini, dia nombor satu. Dah lawan saya,” selorohnya.

Untuk rekod, Remy, 42, dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun mengenali hati budi.

Pasangan itu dikurniakan Tuah Alam pada 27 Julai 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok