Netizen korek kisah lampau Ammar Alfian

GARA-GARA heboh laporan polis diajukan kekasih, laman sosial pelakon Ammar Alfian menjadi sasaran kemarahan ramai.

Rata-rata netizen meluahkan amarah apabila mendakwa aktor bertubuh sasa itu seakan tidak serik mengulang tabiat naik tangan.

Walaupun perkara tersebut hanya dakwaan, sudah ramai melayangkan komen panas yang menasihatkannya agar berubah.

Habis segala kisah lampau Ammar dikorek netizen, termasuk kes yang didakwa membabitkan bekas teman wanitanya yang juga seorang selebriti popular satu ketika dahulu.

Harapnya isu antara aktor berkenaan dengan kekasihnya dapat selesai secara baik. Bukan apa, alih-alih bulan depan dah berbaik-baik.

DIVA: Ada artis mangsa keganasan domestik yang masih kunci mulut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok