SELEPAS seminggu bermasam muka, hubungan pelakon Abby Abadi dan anak perempuannya, Marissa Dania kembali jernih.
Semuanya atas usaha pelakon Norman Hakim memanggil puterinya memohon maaf kepada Abby.
Janganlah awak (merajuk), kami rindu awak dan kami minta maaf sangat-sangat.
“Minta maaf dekat mama, saya (tolong) cakaplah,” katanya dalam sebuah siaran langsung.
Dalam video tersebut, pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 48, pada awalnya enggan bertoleransi kerana masih terasa hati dengan apa yang berlaku.
“Tidak mahu (salam). Mama merajuk.
Sedihlah, lama sangat dah simpan,” ujarnya.
Marissa yang berada di belakang kamera kedengaran menangis dan menunggu untuk memohon maaf kepada ibunya.
Akhirnya, dia mendekati ibunya dan memeluk pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.
Selepas dipeluk, Abby menitiskan air mata dan menutup siaran langsung tersebut.
Sementara itu, dalam hantaran Instagram Norman kelihatan anak beranak itu makan malam bersama di sebuah restoran.
Deep talk over dinner’. Terima kasih Allah dan semua untuk doa yang baik,” katanya.
Hari ini, Abby mendedahkan pernah dipukul bekas suaminya selain menegaskan lelaki itu tidak pernah memberikan wang hantaran semasa perkahwinan mereka sebelum ini.
Tidak lama selepas itu, mereka dilihat sudah bertemu dan isteri Norman iaitu Memey memeluk Abby dalam sebuah video. – HIBGLAM