‘Memang best, arwah papa mesti bangga’

ARWAH papa mesti suka nak menonton filem ini dan dia pasti sangat bangga.”

Itu antara perkongsian kakak kepada pelakon Shanaaz Ahmad iaitu Sherrini Ahmad yang menyifatkan lakonan adiknya dalam filem Blood Brothers: Bara Naga sangat membanggakan.

Bukan sahaja dirinya, Sherrini juga berpendapat arwah bapa mereka iaitu Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad juga pasti kagum dengan lakonan hebat Sharnaaz dalam naskhah arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu.

Lekas pergi tengok Blood Brothers di pawagam nanti. Memang ‘best’!

“Nak tangkap gambar dengan Sharnaaz tapi dia sibuk temu bual sana ini. Kita ambil gambar di meja makan dapur sajalah nanti,” katanya dalam Instagram Story semalam.

Pada masa sama, Sherrini turut memuji semua pelakon yang terlibat dalam filem tersebut kerana memberikan hasil luar biasa.

Tahniah kepada semua pelakon dan setiap individu yang terlibat dalam filem ini,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian sama, Sherrini turut memuat naik foto dia dan ibunya iaitu Datuk Marina Puteh turut merakam memori dengan bergambar dengan ‘Sharnaaz’ dalam poster Blood Brothers di luar pawagam.

Seorang ibu yang bangga,” ujarnya ringkas.

Selain Sharnaaz, filem terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios tersebut turut dibarisi Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Andy Teh, Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham dan ramai lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok