Mata ‘capek’ Jefri Nichol jadi bualan netizen

SIAPA kata Ameera Khan tak bahagia dengan Jefri Nichol?

Buktinya, Jefri dikatakan terbang ke Malaysia membuat kejutan buat kekasih hatinya baru-baru ini. 

Namun, bukan itu yang Diva nak cerita sebaliknya mengenai mata merah Jefri dalam salah satu foto dikongsi Ameera.

Banyak juga komen negatif mengenai mata merah tetapi Diva rasa mungkin sebab tak cukup rehat.

Diva pun ada nampak satu komen yang menegur mata Jefri nampak letih dan berharap dia mendapat rehat yang cukup.

Mata awak kelihatan ‘capek’ (letih), belum istirahat terus terbang demi pujaan hati,” kata seorang netizen yang komennya mendapat tanda suka Ameera.

Harapnya tiada lagi drama ‘unfollow’ antara mereka berdua sehingga muncul dakwaan putus cinta. Berkekalanlah hendaknya.

DIVA: Sakit kepala dengan kisah rumah tangga Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok