Kalis kecaman, Gisella Anastasia bangga ‘buat’ muka

TANPA berselindung, penyanyi Gisella Anastasia secara terbuka berkongsi momen melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan.

Perkara tersebut dilihat dalam hantaran Instagram Gisella atau lebih mesra disapa Gisel itu yang menunjukkannya kali pertama menjalani sesi konsultasi dengan doktor di klinik 1% Plastic Surgery di Gangnam, Seoul.

Bukan hanya Gisella, ibunya iaitu Rita Marbun juga dilihat melakukan operasi pembedahan plastik.

Difahamkan, prosedur kecantikan yang dibuat merupakan hadiah dari penyanyi berusia 30 tahun itu kepada ibunya yang menyambut ulang tahun pada pertengahan April ini.

Dalam hantaran lain, wajah Gisel juga penuh dengan contengan sebagai tanda bahagian yang mahu diubah.
Tanda-tanda tersebut digaris di bahagian bawah mata, pipi, dagu dan rahang hingga leher untuk melakukan face contour dan face lifting.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok