PEMPENGARUH media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi foto terlebih mesra bersama kekasih hati, Jefri Nichol.
Menerusi untaian hantaran Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, dalam Instagram, dia memuat naik foto pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama kekasihnya yang merupakan aktor terkenal Indonesia.
Antara aktiviti yang dilakukan bersama adalah bermain ‘pickle ball’, makan bersama keluarga dan bersantai. Turut kelihatan anak buah Ameera iaitu Jebat Jayden duduk di atas riba Jefri.
Bagaimanapun, apa yang menjadi pertikaian netizen adalah kemesraan yang dipaparkan Ameera ibarat mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri.
Dalam satu hantaran, Ameera berkongsi meletakkan kakinya di atas riba Jefri sewaktu makan bersama.
Foto tersebut telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana seolah-olah tidak menghormati ibu bapa serta kakaknya iaitu Noor Neelofa yang kini berpurdah.
“Depan mata mak bapak, kakak duk meraba macam ni. Macam mana la mak ayah boleh rileks anak perempuan duk main raba paha dengan jantan yang tak tahu status dia macam mana. Dah la dekat meja makan. Orang yang dah bernikah pun tak ‘over’ macam ni,” komen netizen.
“Aku rasa mereka ni dah bernikah sebab tu berani buat macam tu di tempat awam. Kalau di belakang entahlah. Tak ada ke dalam keluarga dia yang boleh nasihat dia lebih-lebih lagi pak ustaz?,” komen seorang lagi netizen.
Jefri hadir ke Kuala Lumpur beberapa hari lalu untuk bertemu Ameera dan dilihat menjalani sesi penggambaran bersama.
Hubungan mereka berdua mula menjadi bualan hangat sejak tahun lalu selepas mereka secara terbuka mengumumkan percintaan mereka. – HIBGLAM