‘Jual produk RM50 tolong buat macam RM50, jangan overclaim’

ENGGAN berkompromi, pelakon Puteri Balqis menyelar tindakan segelintir pengusaha yang memintanya membuat ulasan  produk secara tidak jujur.

Katanya, perkara tersebut disuaraan bagi mengelakkan pengguna terpedaya atau tertipu disebabkan terpengaruh dengan reviu ‘overclaim’ selepas mengetahui bahan produk dipromosikan tidak setara harga dijual.

Untuk produk lokal, kalau jual RM50 tolong buat macam harga RM50, kalau RM30 buat cara RM30 sebab penyokong artis tidak bodoh.

“Mereka pun dah cuba banyak produk. Saya penat sebab produk tak bagus tapi kena ‘overclaim’.

“Kalau produk memang tak bagus, jangan bagi kami buat reviu jujur sebab bila buat reviu jujur pihak kamu pula potong dalam video,” katanya menerusi hantaran di TikTok.

Berkongsi lanjut, aktres berusia 18 tahun itu mendedahkan pernah tidak tidur nyenyak selama tiga hari disebabkan perlu merakam semula video ulasan gara-gara memberi reviu jujur.

Menurutnya, amalan biasa yang dilakukan sebelum memberikan sebarang ulasan adalah dengan mencuba sendiri produk berkaitan bagi melihat hasilnya.

Saya bukan seperti pempengaruh yang pacak kamera dalam kereta dan buat reviu tak jujur.

Saya akan cuba produk itu dahulu sebelum membuat reviu,” ujarnya.

Rata-rata pengikut laman sosial Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu bersetuju dengan pendiriannya.

“Sama macam kami, muka dah bercendawan kena cuba banyak produk,” kata seorang pengikutnya.

Suka dengan reviu ini. Puteri Balqis sangat jujur kalau ulas produk. Love,” tulis netizen lain.

Selain terkenal dengan bakat lakonan, aktres yang aktif di arena seni itu kini kerap menjadi pilihan pengeluar produk kosmetik serta penjagaan kulit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok