19
MENJADI perbualan ramai peminat seluruh dunia apabila ahli Blackpink iaitu Jennie dikatakan ‘lemah’ dan tidak bermaya di pentas festival muzik ulung, Coachella.
Dipilih menjadi antara artis melakukan persembahan, Jennie bagaimanapun dilihat tidak melunaskan persembahan bersungguh-sungguh apabila kebanyakan masa hanya lip-sync atau miming.
Persembahan Jennie sangat teruk. Tak tukar baju, tak cukup nafas, stamina ke laut tapi lip-sync.
“Visual, pencahayaan dan audio semua serabut. Semua mundar-mandir,” demikian antara komen peminat.
Bagaimanapun, ada juga peminat yang mempertahankan Jennie dengan mengatakan persembahan pelantun lagu Like Jennie itu berada di kelas tersendiri.