MELALUI kehidupan menenangkan, pelakon George Clooney mengakui hidup bahagia dan tidak pernah sekali pun bergaduh dengan isterinya, Amal sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.
Katanya dalam program CBS Morning bersama hos Gayle King, dia dan isteri pernah mencari sesuatu isu untuk dijadikan bahan pergaduhan, namun tidak berjaya.
“Saya masih ingat kita bercakap di sini suatu ketika dulu dan saya maklumkan kami berdua tidak pernah bertengkar, memang begitulah keadaannya sampai sekarang.
“Mungkin ada yang tidak percaya, inilah hakikat sebenar kerana kami langsung tidak jumpa sebarang isu untuk diperdebatkan sepanjang sedekad hidup bersama,” katanya.
Aktor berusia 67 tahun itu mengakui dirinya lelaki paling bertuah di dunia yang mendapat ‘jackpot’ dipertemukan dengan Amal.
Malah akui bintang filem Ocean’s 8 itu, rakan serta saudara terdekat kerap bertanya sama ada dia dan Amal sudah bertengkar. – HIBGLAM