‘Happy mom, happy family’ – Tak selamat, Zahnita tetap pilih cerai

Happy mom is happy family (ibu gembira, keluarga bahagia.”

Itu kata bekas model Zahnita Wilson ketika ditanya sama ada dia akan kembali bersama suaminya Abd. Zackery Ghouse,47, demi masa depan empat anaknya.

Zahnita yang ditemui di mahkamah berkata, dia tetap akan meneruskan perceraian kerana sudah ridak berasa selamat sebumbung dengan suami.

“Jika saya bersama dalam keadaan yang tertekan dari segi emosi dan mental tidak selamat juga untuk anak-anak sebab happy mom is happy family.

Kalau terlalu tertekan, emosi tidak gembira bawah satu bumbung adalah tidak selamat juga untuk anak-anak,” katanya.

Anak ‘berbelah bahagi’

Mahkamah menetapkan pada 19 Mei depan bagi mendengar sebutan semula kes perceraian dan injunksi manakala pada 14 Julai depan bagi kes hadhanah.

Bagi kes perceraian, mahkamah rendah syariah telah melantik Mohd. Julian Hussein Wilson Hussein bagi mewakili Zahnita sebagai ahkam dan Parwish Mohd. Yusof bagi mewakili Abd. Zackery.

Menurut Zahnita beliau berharap pelantikan abang sulungnya sebagai wakil akan dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dibebaninya selama ini.

Katanya, berdasarkan respons tiga anaknya yang tinggal bersamanya pada masa ini menunjukkan mereka gembira tinggal bersamanya.

Mereka gembira bersama saya di rumah, sebab bila mak dan ayah selalu bergaduh, selalu salah faham depan anak anak adalah tidak baik untuk mereka, jadi sekarang kita berpisah dan cuba (jalani) kehidupan masing-masing,”ujarnya.

Sementara itu Abd. Zackery berkata, berdasarkan pertemuan dengan anak-anaknya, mereka memaklumkan mahu ibu dan bapa kembali bersama dan menjalani kehidupan bahagia sebagai sebuah keluarga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok