[VIDEO] Cari pasangan, tiada makna hidup kaya tapi sendirian – Yusof Haslam

PENGARAH dan penerbit terkenal Datuk Yusof  Haslam meluahkan rasa lega melihat perkembangan kehidupan peribadi anaknya, Syamsul Yusof yang disifatkan semakin tenang dan bersemangat selepas melalui fasa perceraian buat kali kedua dengan Ira Kazar tahu lalu.

Yusof bagaimanapun tetap mendoakan dan dalam masa sama menasihatkan Syamsul agar tidak sesekali patah semangat untuk meneruskan kehidupan meski diduga dengan pelbagai ujian.

“Alhamdulillah, sekarang dia nampak lebih fokus. Saya perhati proses penggambaran filem Original Gangster ambil masa lama, mungkin disebabkan banyak masalah dalam hidup dia sebelum ini.

Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus.

“Saya pesan kepada syamsul, apa sekalipun kena kuat semangat,” katanya kepada HihGlam selepas majlis tayangan gala filem Blood Brothers Bara Naga, semalam.

Tambahnya, dia sangat menggalakkan Syamsul mencari pasangan kerana dapat membantu memberi ketenangan dalam kehidupan.

“Tiada makna cari duit dan kaya tapi hidup seorang diri. Nanti akan rasa bosan.

Saya pesan juga agar bina hidup baharu dan jangan hidup seorang diri tapi dia kata nak kekal solo buat sementara ini. Katanya ‘nantilah papa’ dan nak fokus kerja, dia pun ada dua lagi projek filem lagi.

“Saya kata cari pasangan, hidup ini kalau tiada pasangan, tak ada makna. Paling penting dalam kehidupan ialah ketenangan dan bukannya kemewahan,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia bersyukur dapat berkumpul seisi keluarga Syawal tahun ini dengan kepulangan Syamsul selepas bertahun-tahun tidak beraya bersama.

Sambutan raya kali ini Alhamdulillah, Syamsul balik. Kami pun gembira dan sempat bercuti bersama di Switzerland baru-baru ini,” jelasnya.

Yusof menambah, meski mahu melihat anaknya bahagia, dia tidak akan sesekali mendesak Syamsul untuk menjalin semula hubungan dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.

“Saya tidak rasa Syamsul serik untuk mempunyai pasangan hidup pada masa akan datang namun sebagai orang tua, saya doakan dia mendapat jodoh yang baik.

Saya pun tak mahu mendesak dia perlu balik kepada Puteri Sarah dan sebagainya. Semua ini ketentuan Allah. Saya rasa Sarah dengan Syamsul akan terus menjadi sahabat,” katanya lagi.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah mencuri perhatian apabila sama-sama meraikan 1 Syawal di rumah keluarga aktor minggu lalu.

Perkara tersebut membuktikan kedua-duanya dapat menjalinkan persahabatan selepas dua tahun bercerai.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun 2023. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok