PELAKON dan usahawan Abby Abadi tidak akan mengalah dan sesekali berhenti bersuara untuk mendapatkan hak tiga anaknya daripada bekas suami, Norman Hakim.
Abby, 47, berkata, isu berkaitan hak selepas bercerai tidak perlu dipendam sendiri sebaliknya harus dituntut dengan lebih tegas.
“Saya terbaca ada yang tulis ‘dari cerita Abby Abadi dan Cik Epal, saya belajar kalau bercerai, lawan terus untuk sapat hak kita dan serta anak-anak.’
Ya betul! Jangan simpan dan relaks mengalah ‘over’ sangat.
“Sebab bila sudah bercerai, Percayalah kita tiada nilai di mata dia (bekas suami),” katanya dalam platform Threads.
Ujarnya, hubungan baik yang terjalin juga tidak akan memberi sebarang makna terutama apabila berbeza taraf hidup.
“Baiklah macam mana pun, susah senang, seronok sama-sama kononnya.
Bila kaya, kita ini tiada pun tak apa. Okey putus terus!” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abby menyelar pandangan segelintir pihak yang memintanya melupakan isu tersebut memandangkan sudah 17 tahun berpisah.
“Terbaca lagi, ‘move on’ sajalah dan tak ‘classy’ meroyan serta merentan. Eh, selama 17 tahun saya diam, tak mahu pula cop saya wanita dambaan syurga.
Selepas 17 tahun baru berbunyi, dikata macam-macam. Belajarlah makna amanah, tanggungjawab, adil dan ‘acah-acah’ sekali.
“Sedang sabarlah ini, sembang sikit saja dan tak libatkan ramai orang pun. Tepat ke sasaran!” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, Abby dalam media sosialnya lantang bersuara tentang isu nafkah tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Norman iaitu Danish, Dania dan Danisha.
Dia turut mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka sejak bercerai sekitar tahun 2008. – KOSMO! ONLINE