TETAP setia di sisi, suami kepada penyanyi dan pelakon, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berjanji untuk sentiasa memberi sokongan terhadap isterinya yang kini hebat dikecam netizen berikutan kemelut keluarga tidak berkesudahan.
Usahawan terbabit memaklumkan dia yakin Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, mampu mengharungi segala ujian mendatang.
Biarlah sayangku Abby Abadi kalau orang nak kecam ke, kutuk atau kata macam-macam. Saya tetap bersama sayang hingga akhir hayat saya.
“Kalau dah sampai masa untuk kita bawa diri, elok kita lakukan. Insya-Allah ada cahaya di hadapan kita nanti,” katanya dalam hantaran di aplikasi Threads.
Pada masa sama, Faizal turut meluahkan hasrat untuk berhijrah dengan Abby ke Mekah bagi menghabiskan sisa hidup bersama-sama.
Bila dah tua nanti dan nampak macam tiada yang pedulikan kita, kita duduk pondok, rumah orang tua atau kita pindah duduk Mekah, habiskan sisa-sisa hidup yang ada itu.
“Ingat, saya sentiasa ada bersama sayang, kasih sayang dunia akhirat,” ujarnya.
Terdahulu, ‘perang’ terbuka antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam iaitu suami kepada Marissa Dania Hakim menjadi perhatian ramai selepas selebriti terbabit diminta memohon maaf kepada madu anaknya, Umisya Mazlan.
Aktres terbabit mempersoalkan permintaan itu dan meminta Aslam memohon maaf, bahkan lelaki tersebut
membuat permohonan maaf melalui aplikasi Threads.
Kemudian mereka saling berbalas kenyataan dalam media sosial yang memetik semula isu pernikahan rahsia Marissa dengan Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Begitupun, Marissa yang pada awalnya mengunci mulut mula bersuara dengan menyatakan hal dalaman keluarga akan diselesaikan secara peribadi. – HIBGLAM