‘Berisi sekarang mungkin sebab saya tak banyak fikir’

Badan semakin berisi seperti memberi petanda kehidupan kian diulit bahagia, pelakon sensasi Ira Kazar lebih selesa menyimpul kemas perihal peribadi daripada terus menjadi sorotan khalayak.
Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, berkata, dia memilih untuk lebih berahsia soal hati kerana baginya itu adalah jalan terbaik buat diri dan orang sekeliling.
 “Alhamdulillah kehidupan semakin baik dari sebelum ini. Bahagia? Ya Allah takutnya nak cakap.
Bahagialah di sisi keluarga dan kawan-kawan. Saya boleh cakap saya lebih baik sekarang.
“Takut nak cakap lebih-lebih risau ada orang tersinggung pula, lebih baik berahsia,” katanya kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana filem 6 Jilake baru-baru ini.
Dalam masa sama, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu tidak langsung terkilan hati apabila dilabel berisi, malah sangat menghargai pujian tersebut.
“Ramai yang tegur (berisi) mungkin sebab kurang fikir sekarang.
Saya tidak tersinggung pun orang cakap saya berisi sebab saya tidak mahu orang cakap saya kurus.
“Sejujurnya, ada netizen yang suka balas komen marah-marah (orang cakap berisi) tetapi bagi saya bukan ‘body shaming’ (mengejek fizikal) untuk saya,” jelasnya.
Ditanya sama ada akan mengumumkan sebarang khabar gembira, Ira tidak memberikan jawapan, sebaliknya memberitahu kini semakin aktif dalam perniagaan atas talian.
Berita gembira? Mungkin saya keluarkan produk, nak mula belajar bagaimana buat siaran langsung TikTok.
“Sekarang dah mula sikit-sikit tetapi berniaga di Instagram. Semua saya buat sendiri sebab ramai nasihat untuk buat sesuatu.
“Mungkin sebab sebelum ini saya tak meneroka. Bila dah berjumpa dengan orang-orang bisnes, mereka bagi semangat baharu,” ujarnya.
Sebelum ini, ramai yang memuji kecantikan Ira yang dilihat semakin berisi semasa mempromosikan singlenya berjudul Tak Kisah.
Terdahulu, perkahwinan Ira dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dibina di Thailand pada 6 Januari 2023 tidak mampu bertahan apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada 5 September tahun lalu.
Nama Ira menjadi bualan hangat apabila didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan pelakon, Puteri Sarah Liyana sehingga pasangan tersebut bercerai. – HIBGLAM
@hibglam.com.my Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, berkata, dia memilih untuk lebih berahsia soal hati kerana baginya itu adalah jalan terbaik buat diri dan orang sekeliling. #irakazar #bahagia #berisi #hati #rahsia #penyanyi #kazarsaisi #hibglam ♬ original sound – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok