FESTIVAL muzik Coachella 2025 didakwa menjadi pembuka laluan penyanyi sensasi Justin Bieber untuk kembali kepada kehidupan liar apabila dilihat menghisap ganja.
Videonya sedang menghisap rokok yang dipercayai ganja kini tersebar dalam platform X yang menunjukkan pelantun lagu Baby itu asyik menari sambil menikmati ‘rokok’ tersebut.
Dapat dilihat ketika itu isterinya, Hailey mendekati adik Justin, Jaxon seolah-olah mengajak remaja berusia 15 tahun itu menjauhkan diri daripada abangnya dan kelompok penonton yang sedang menikmati pesta itu.
Video tular itu meraih reaksi netizen yang menyelar tindakan Justin menghisap ganja di tempat umum sebagai memalukan dan tidak bertanggungjawab.
Begitupun, masih ramai peminat tidak melihat gaya Justin menikmati konsert dengan cara begitu sebagai satu kesalahan besar.
“Dia hanya sedang berseronok, saya tak nampak kesalahan di situ. Itu hanya rokok biasa,” kata netizen. – HIBGLAM