Alicia Amin, kekasih cepatlah naik pelamin!

BARU-BARU ini Diva ada ternampak satu hantaran Instagram milik Alicia Amin yang bercuti di luar negara.

Bukan seorang diri tetapi bersama kekasih hatinya yang juga seorang cef.

Dalam perkongsian tersebut, mesra betul Alicia dengan jejaka itu. Nampak bahagia sangat.

Kalau betul-betul serius menjalin hubungan, apa kata halalkan terus. Tak perlulah bercinta lama-lama.

Risau juga bila berlama-lama dan terlalu berkongsi kemudian tak jadi, tidak ke jadi bahan kecaman ramai?

Semoga semua pasangan yang hangat bercinta terutama selebriti tanah air segera menamatkan zaman solo.

DIVA: Diana Danielle kata anak-anak beraya dengan bapa mereka di Kedah tetapi nampak Farid seorang sahaja pulang ke kampung.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok