PELAKON Hanis Zalikha mengalami alahan sinaran matahari ketika bercuti di Soneva Jani, Maldives bersama keluarga.
Bagaimanapun, Hanis atau nama lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, memaklumkan perkara tersebut tidak menghalangnya untuk melakukan aktiviti luar.
Teka siapa yang alah dengan sinaran matahari?
“Tetapi saya sangat suka dengan penggambaraan dan aktiviti luar,” katanya dalam hantaran InstaStory.
Disebabkan mahu teruskan aktiviti luar, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu mengambil ubat sekiranya berlaku alahan.
Dia turut memaklumkan bengkak di badan akan semakin surut sekiranya berehat di tempat penginapan.
“Jadi makan sahaja ubat antihistamine kalau naik gatal-gatal.
Bengkak hanya akan surut jika saya duduk dalam rumah,” ujarnya.
Dalam hantaran tersebut, Hanis turut menunjukkan keadaan tangannya yang bengkak dan kemerah-merahan disebabkan alahan.
Sebelum ini, Hanis dan keluarga menyambut hari raya Aidilfitri di Soneva Jani. – HIBGLAM