BIARPUN hanya 11 minit di angkasa, penyanyi Katy Perry merancang menulis lagu yang diinspirasikan sepanjang perjalanan melunaskan misi itu baru-baru ini.
Perry bersama lima wanita lain termasuk tunang pemilik roket Blue Origin Jeff Bezos iaitu Lauren Sanchez termasuk hos program CBS Gayle King mendarat dengan selamat pada Isnin lalu.
Setibanya kembali di bumi, pelantun Firework itu mengangkat bunga daisi dibawanya ke udara sebagai penghargaan untuk anak perempuannya, Daisy yang berusia empat tahun sebelum mencium tanah sebagai bentuk kesyukuran.
Usai menyapa Bezos, Perry yang ditemu bual media mengakui terkesan dengan pengalaman dilalui sehingga mendapat inspirasi untuk mengabadikan momen tersebut dalam lagu.
Ini semua tentang menunjukkan keberanian, rasa layak dan menolak ketakutan yang membuatkan saya ingin menjadi contoh kepada anak serta meyakinkannya bahawa dia mampu menembusi apa jua perkara,” katanya.
Tidak dapat dipastikan Perry dijemput Bezos atau membayar tempat duduknya. Pada 2021, harga pelancongan angkasa itu dikatakan sekitar RM123 juta seorang.