SEAKAN memahami keperitan yang dilalui ibu, penyanyi Zehra Zambri mengakui anak perempuannya semakin menunjukkan ketegasan seolah-olah mahu menjadi pelindung dirinya.
Dalam masa sama, Zehra, 38, memberitahu anaknya yang berusia tiga tahun iaitu Zahiyah juga sering memujuk dirinya setiap kali menitiskan air mata.
“Zahiyah semakin hari semakin garang. Mungkin nak jadi pelindung kepada mamanya.
Paling sayu kalau menangis di dadanya terus dirangkul dan kata ‘mama don’t cry’ (mama jangan menangis).
“Anak ini sudah mengerti sejak dari dalam kandungan lagi,” katanya dalam sebuah hantaran InstaStory.
Selain itu, dalam hantaran berbeza, pelantun lagu Semalakama itu berkongsi mengenai bayangan untuk mengundur diri daripada perkahwinan yang boleh menjadi cara menyembuhkan diri.
Meninggalkan adalah satu-satunya cara untuk menang. Orang narsistik tidak akan berubah.
“Dia tidak akan tiba-tiba bangun suatu hari dan hargai awak. Kasih sayang, kebaikan dan kesetiaan yang pernah kita berikan kepada mereka, berilah semua kepada diri sendiri.
“Di situlah bermulanya jalan untuk sembuh,” ujarnya lagi.
Februari lalu, suami Zehra iaitu Nur Mohd. Iqwan Samsudin mengesahkan isterinya bakal memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap penyanyi berkenaan dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, Iqwan turut ke mahkamah bagi tujuan memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai langkah menyelamatkan rumah tangga mereka.
Sebelum ini, kehidupan peribadi Zehra menjadi bualan ramai selepas Iqwan dikatakan sudah memadam foto mereka bersama dalam Instagram.
Jelas Zehra, suaminya itu tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum sejak dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018. – HIBGLAM