Untunglah dapat ‘suami dari langit’

SEJAK mendirikan rumah tangga, nama Datin Intan Najuwa memang kerap jadi bahan bualan ramai dalam media sosial.

Ada sahaja topik yang diperdebatkan dan perkara tersebut masih berlarutan walaupun pelakon itu sudah bergelar ibu, termasuk isu dia memiliki tiga orang pengasuh bagi membantu menguruskan anak sulungnya, Imane Lunara.

Diva sempat tinjau ruangan komen, ramai memuji suami Intan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman kerana memudahkan setiap urusan isterinya termasuk berkaitan penjagaan anak perempuan mereka.

“Rezeki Intan dapat suami macam Azraf. Suami dari langit!

Sebenarnya kalau berduit, memang lebih baik melabur untuk sesuatu yang memudahkan urusan harian.

“Bukan semua isteri bertuah dapat suami yang memahami, untung Intan,” komen netizen.

Bak kata netizen, kalau ada duit, semua jalan cuma bila dia berkongsi sesuatu, janganlah kecam pula. Mungkin boleh jadi motivasi untuk orang lain.

DIVA: Macam ramai artis pula beraya sebagai duda dan janda tahun ini. Panas!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok