‘Tak sabar beraya dengan Fatima, mahu ke luar negara’

PELAKON sensasi, Fattah Amin mengakui sudah menyediakan duit raya buat puterinya, Nur Fatima Aisya tahun ini.

Menurut Fattah atau nama lengkapnya Badul Fattah Mohd Amin, 35, dia bukan sahaja menyediakan duit raya, malah akan membeli belah baju raya bersama puteri kesayangannya itu.

Duit raya sudah tentu la ada untuk anak saya. Saya juga akan bawa Fatima pergi ‘shopping’ baju raya,” katanya kepada HIBGLAM ketika ditemui di majlis iftar bersama barisan pelakon drama Keluarga Itu.

Fattah juga meluahkan rasa teruja untuk meluangkan masa bersama Fatima Syawal ini dan merancang untuk membawa anaknya bercuti.

Tahun ini Fatima akan beraya bersama saya bermula raya ketiga dan keempat. Memang saya tak sabar nak luangkan masa bersama Fatima raya ini.

“Saya rancang nak bawa dia berjalan-jalan jauh sikit. Mungkin ke luar negara. Tetapi itu saya akan bincang dengan Fazura terlebih dahulu. Insya-Allah, doa yang baik-baik,” ujarnya.

Tambah pelakon filem Miimaland itu lagi, dia akan mengambil peluang cuti raya ini untuk berehat daripada kerja.

Memang saya agak sibuk kebelakangan ini. Raya ini saya akan cuti seminggu. Inilah waktunya untuk saya ‘me time’ selepas penat bekerja,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok