Shila Amzah teruja suami belanja gelang raya RM12,000

HADIAH Syawal, penyanyi Shila Amzah berkongsi keterujaan menerima kejutan daripada suaminya, Ubai MZ membeli barang kemas di sebuah premis terkenal.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, menggunakan alasan mengajak isterinya keluar bagi mencari baju serta persiapan raya buat anak tirinya, Seth.

Ini kami nak pergi beli baju raya Seth. Hari-hari dia bising cakap baju raya tak cukup,” katanya dalam video dikongsi dalam TikTok.

Begitupun, wajah Shila terpinga-pinga sebaik Ubai menghentikan kenderaan di hadapan sebuah kedai emas.

Pempengaruh media sosial itu turut memaklumkan memperuntukkan perbelanjaan di kedai tersebut sebanyak RM10,000.

Lucunya, Ubai sempat berseloroh terlebih bajet selepas penyanyi lagu Penyejuk Hati itu memilih gelang tangan berharga RM12,000.

Malah Ubai turut menyalahkan duta kedai emas itu, Kak Lina Pompom atau Elly Mazlein yang didakwa menjadi puncanya ke premis berkenaan.

Saya sangat tak puas hati dengan Kak Lina Pom Pom. Jumlah kerugian saya sangat banyak. Kerana Kak Lina rosak anak muda,” selorohnya.

Rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan terbabit yang saling melengkapi selain menyifatkan Shila bertuah bersuamikan lelaki berjiwa pemurah.

“Comel, ikutkan bayaran persembahan Shila boleh dapat dua, tiga gelang emas. Terima kasih Ubai, moga murah rezeki selalu,” kata netizen.

“Semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat suami yang selalu bahagiakan isteri,” tulis seorang pengikut laman sosial penyanyi itu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang puteri, Rhea Akira yang kini berusia 10 bulan.

Hasil perkahwinan terdahulu, Shila mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok