Rita, Raja Azura, Sharifah Shahora ‘masuk air’

KALAU sudah namanya pelakon hebat, hasilkan video ‘remake’ babak filem Madu Tiga ibarat petik jari sahaja.

Itu gelagat Rita Rudaini, Sharifah Shahora dan Raja Azura apabila melakonkan babak popular dalam Madu Tiga.

Menerusi video tersebut, Shahora yang memegang watak Cik Latipah, Raja Azura sebagai Cik Hasnah dan Rita pula Cik

Rohani berjaya menghiburkan penonton, ramai minta filem itu dihasilkan semula dalam versi 2025.

Lawaklah bila tiga pelakon ini bergabung. Tolonglah mana-mana pengarah hasilkan filem atau drama yang ‘madukan’ mereka.

“Pelakon lelaki yang sesuai jadi Abang Jamil hanyalah Zamarul Hisham, memang masuk air!,” kata netizen.

Video yang meraih 155,000 tontonan itu turut menerima 5,400 tanda suka dalam TikTok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok