SIAPA sangka dengan membeli wiper Trapo, seorang pegawai syarikat korporat, Razlan Rahim berjaya memenangi kereta BYD Dolphin serta beberapa produk Trapo bernilai kira-kira RM112,000.
Kemenangan berpihak kepada Razlan selepas beliau berjaya meneka berat balang dengan tepat.
Razlan berkata, dia membelanjakan sebanyak RM4,027.40 membeli wiper dan pelbagai produk Trapo bagi menaik taraf keretanya dan hadiah yang diterima langsung tidak dijangka.
“Sangat teruja dan sebenarnya tidak percaya saya adalah pemenangnya. Pertandingan ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk memenangi kereta baru, tetapi juga memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih Trapo kerana memberi penghargaan kepada pelanggan seperti kami,” ujarnya.

RAZLAN bakal menyambut lebaran dengan kereta baharu.
Proses pemilihan pemenang dilakukan secara dua peringkat menerusi platform luar talian dan dalam talian berkumpul menyaksikan 10 finalis dipilih melalui sistem cabutan berformula pihak ketiga.
Finalis kemudian mengambil bahagian dalam permainan meneka berat sebuah balang yang dipenuhi kepingan karpet kereta EVA Trapo. Pemenang ditentukan berdasarkan anggaran paling tepat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee, hadiah BYD Dolphin adalah sebagai tanda menghargai pelanggan setia Trapo yang sentiasa memberi sokongan berterusan.
“Pertandingan ini adalah cara kami memberikan kembali kepada pelanggan yang setia bersama kami selama ini. Kami ingin meraikan mereka dengan menawarkan hadiah luar biasa.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami menyediakan penyelesaian automotif berkualiti tinggi sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti pelanggan.” katanya.
Dalam pada itu itu tambah Tzang, Trapo berbangga menjadi pengeluar aksesori kereta buatan tempatan pertama di Malaysia.
Pencapaian ini membuatkan Trapo bercadang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif sama pada masa depan dengan harapan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan. – HIBGLAM