360
SYAWAL bakal menjelang dan pastinya kemeriahan sudah dirasai terutama apabila ramai penyanyi sudah mula meluncurkan lagu raya.
Selain lagu Raya Gen Z yang menjadi siulan ramai ketika ini, terdapat juga beberapa lagu lain rancak dimainkan dalam media sosial.
Antara yang hangat menjadi siulan ialah Raya Ya Ya nyanyian Datuk Aliff Syukri dan Iman Troye.
Bukan itu sahaja, perang lagu raya tahun ini dirancakkan lagi dengan kemunculan Meriah Lain Macam duet Hael Husaini dengan Nadeera.
Lagu tersebut kini meledak dalam media sosial selain meraih pujian ramai kerana ‘catchy’ dan liriknya mudah diingati.