HUBUNGAN pelakon Tom Cruise dengan aktres Sepanyol, Ana de Armas dilihat intim selepas dirakam bergelak ketawa di London Heliport.
Ini bukan kali pertama Bintang Mission Impossible itu bersama bintang filem jelita berusia 36 tahun berkenaan sehingga mencetuskan spekulasi cinta.
Sehari sebelum itu pasangan terbabit dirakam berada di lokasi sama malah menguatkan dakwaan asyik bercinta apabila mereka turut dilihat berdua pada 13 Februari lalu.
Begitupun kata sumber, Ana yang menjanda sejak 2013 sudah mempunyai kekasih bahkan minggu lalu mereka dilihat keluar berdua sambil berpegangan tangan.
Tom, 63, yang menjalin hubungan dengan beberapa wanita selepas berpisah dengan aktres Katie Holmes sekitar 2012 juga dikatakan menyukai keperibadian Ana.
Menurut satu lagi sumber, kedua-dua pelakon itu hanya bergandingan untuk sebuah filem, bukan menjalin hubungan cinta seperti didakwa ramai. – HIBGLAM