PENYANYI Mimi Fly menuai pujian netizen apabila mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.
Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, tampil manis berhijab membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.
Bacaan Mimi telah membuatkan tiga panel dalam program tersebut tercengang dan memuji kehebatan bacaan pelantun lagu Serumpun itu.
Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka apabila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi mengalunkan bacaan ayat suci Al Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.
Video tersebut telah dikongsikan dalam Instagram dan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji bacaan Mimi.
Masya-Allah, ini ‘vibes’ yang bagus. Mimi bukan sahaja dapat menyanyi dengan baik tetapi juga hebat mengaji Al Quran. Kelebihan yang indah Allah swt kurniakan. Allahuakbar,” komen netizen.
Malah ada netizen yang menangis mendengar alunan bacaan Mimi.
Saya tidak tahu kenapa. Tetapi saya menangis. Subhanallah. Tabarakallah,” komen netizen.
Mimi sebelum ini pernah dikecam netizen kerana berpenampilan ala berkemban dalam video muzik lagu rayanya, Serumpun.
Namun selepas tiga hari dimuat naik, dia mengambil keputusan untuk memadam versi asal dan memuat naik semula versi baharu yang dipotong babak dirinya berkemban.
Tindakan Mimi dipuji ramai kerana menunjukkan dirinya seorang yang profesional dan terbuka menerima kritikan. – HIBGLAM