SELAIN perlu menahan lapar dan dahaga, netizen juga harus mengawal diri daripada gelak berlebihan gara-gara perangai Elly Mazlein.
Mentang-mentanglah nama kedua dia Kak Lina Pom Pom, dia pun bawa watak sebagai Jakelina (duta Jakel), Elly mencuit hati ramai dengan gelagatnya kerana kuat mengusik dua selebriti iaitu Fattah Amin dan Amira Othman yang juga duta bagi jenama sama.
Bagi segelintir netizen, usikan nakal Jakelina hanya sekadar konten bagi mempromosikan jenama Jakel dan kedai emas (MerchantLina) yang mengambilnya sebagai duta.
Namun, ada pula yang terhibur dan berharap semua usikan itu menjadi realiti.
“Jakelina memang main peranan betul, tak rugi ambil dia jadi duta!
“Kelakar, pecah perut tengok perangai Jakelina bila usik pasangan FattMira. Harap mereka akan bercinta!” komen netizen. – HIBGLAM