PERSIS artis antarabangsa, sentiasa ada yang mahu bergambar bersama. Itu situasi dilalui Uyaina Arshad baru-baru ini ketika berkunjung ke Turki.
Manis menyarung dres labuh berwarna biru, Uyaina berpendapat situasi tersebut mungkin berlaku kerana ramai menyangka dia berasal dari Turki.
“Saya pakai dres biru, mereka ingat saya orang Turki serta mahu bergambar bersama.
“Saya yang jadi malu,” katanya.
Berdasarkan perkongsian itu, Diva tak nafikan Uyaina memang anggun dalam persalinan biru itu. Nampak sangat cantik macam wanita Turki.
Lucu melihat aksi aksi comel pelancong dari Korea Selatan dan Australia ajak Uyaina gambar bersama. Uyaina boleh jadi ikon pelancongan!
Bagus pabila ramai orang luar mahu bergambar dengan Uyaina, secara tidak langsung mereka akan mula tahu tentang Malaysia.
DIVA: Dengarnya ada pelakon wanita akan bernikah musim raya ini.