Artis muda maki hamun, dera kekasih?

BAGAI dicucuk hidung, kekasih seorang penyanyi membuat pengakuan tetap setia bertahan walaupun puas ‘makan’ maki hamun.

Ketika mengadu dengan teman terdekat Diva, dia mengaku bertahun-tahun bersabar selain tidak pernah terfikir untuk angkat kaki.

Katanya, walaupun tidak naik tangan, penderaan mental dan emosi dilalui tidak pernah membuatkannya mahu meninggalkan insan dicintainya itu.

Cuma katanya, agak pelik kerana apabila dia cuba menjauhkan diri, fikirannya terus dihambat memori bersama kekasihnya sehingga sukar untuk memutuskan hubungan.

Ada sahaja halangan andai terdetik ingin lari daripada kekasihnya yang terkenal dengan imej sebaik-baik manusia.

Kongsinya lagi, sudahlah dipaksa merahsiakan hubungan mereka, mental dan emosinya pun didera hingga perlu bertemu psikiatri.

Alahai, kasihan.

DIVA: Rumah tangga seorang lagi artis dikatakan bergelora disebabkan pergaduhan antara keluarganya dengan famili pasangannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok